Wednesday, August 6, 2008

Mari Kita Cuba Jadi Orang Yang Berinovasi

Inovasi bagi dunia hari ini adalah sesuatu yang sangat penting. Inovasi tidak semestinya mencipta sesuatu yang baharu. Sebenarnya tiada satu pun ciptaan itu dicipta tanpa berasaskan sesuatu yang telah ada. Kita harus mengikis sikap kita yang selalunya sukar menerima sesuatu saranan atau cadangan. Sebagai seorang dewasa misalnya jangan kita matikan semangat anak kecil apabila dia menceritakan sesuatu yang pada akal fikiran kita kurang logiknya kerana kita akan lambat laun memadamkan daya inovasi dan kreativitinya yang semulajadi dengan sikap negatif kita.

Bagi pelajar-pelajar saya cuba jadi lebih fleksibel untuk menerima sesuatu yang berbeza, asalkan tidak melanggar budaya bangsa dan ugama!

KATAKAN - YA DAN..... BUKAN YA TETAPI.....

No comments: