Monday, January 12, 2009

Salam Sejahtera Kepada Semua Pelajar Baharu Saya

Kepada semua pelajar baharu saya. Saya berharap kita akan sama-sama cuba meningkatkan ilmu dan mengukuhkan nilai kemanusiaan kita tahun ini. Silalah bertanya apa-apa yang ingin kamu pelajari kepada saya. InsyaAllah saya akan cuba membantu semampu saya.

Apa khabar pelajar-pelajar saya semua di CGSS terutama pelajar-pelajar MSP?

Alhamdullilah. Akhirnya saya dapat menjenguk lagi ke blog ini. Apa khabar semau pelajar MSP 2008 di CGSS Men 1. Sejauh ini tahun 2009 telah membawa banyak keceriaan pada saya kerana di sekolah baharu saya di bahagiaan timur Singapura ini sungguh penuh kehangatan keluarga. Saya harap semua pelajar saya di CGSS masih bersemangat mempelajari MSP.

Wednesday, August 6, 2008

Mari Kita Cuba Jadi Orang Yang Berinovasi

Inovasi bagi dunia hari ini adalah sesuatu yang sangat penting. Inovasi tidak semestinya mencipta sesuatu yang baharu. Sebenarnya tiada satu pun ciptaan itu dicipta tanpa berasaskan sesuatu yang telah ada. Kita harus mengikis sikap kita yang selalunya sukar menerima sesuatu saranan atau cadangan. Sebagai seorang dewasa misalnya jangan kita matikan semangat anak kecil apabila dia menceritakan sesuatu yang pada akal fikiran kita kurang logiknya kerana kita akan lambat laun memadamkan daya inovasi dan kreativitinya yang semulajadi dengan sikap negatif kita.

Bagi pelajar-pelajar saya cuba jadi lebih fleksibel untuk menerima sesuatu yang berbeza, asalkan tidak melanggar budaya bangsa dan ugama!

KATAKAN - YA DAN..... BUKAN YA TETAPI.....

Tuesday, August 5, 2008

Alhamdullilah Dan Selamat Datang

Alhamdullilah akhirnya saya dapat buat blog saya sendiri. Kesuntukan masa oleh sebab tanggung jawab sebagai ibu, isteri dan guru telah menghambat keinginan untuk mengadakan blog yang dapat digunakan oleh pelajar-pelajar saya khasnya dan semua yang dapat meraih sedikit manfaat daripadanya. sebelum itu saya harap anda akan betulkan dan maafkan apa-apa kekurangan yang ada nanti kerana maklumlah saya hanya insan biasa. Terima kasih.